Azfar Fikri Jadi Pemain Kedua Sertai Perak
Transfer
Perak FC
Advertisements

Selepas Tommy Mawat Bada, Perak FC pantas menambah seorang lagi pemain bagi memantapkan pasukan itu untuk musim 2024-2025.

Hari ini, The Bos Gaurus mengumumkan perpindahan pemain muda Terengganu FC II, Nur Azfar Fikri Azhar di laman media sosial mereka.

“Pemain tengah, Azfar Fikri sah menjadi milik Perak FC bagi musim 2024/2025. “Kaka” sebelum ini pernah menjadi hero bagi pasukan Malaysia bawah 23 tahun dan kini menjadi taruhan terbaru skuad The Bos Gaurus,” kata kelab dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Azfar Fikri pernah menjadi sebutan penyokong negara apabila meledakkan gol kemenangan untuk skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia ke atas Thailand dalam aksi pertama Kumpulan Sukan SEA 2021.

Beliau mengakui teruja kerana dapat memeterai perpindahan ke pasukan Perak. Dan Azfar percaya The Bos Gaurus memiliki potensi untuk mencabar kedudukan enam teratas liga musim depan.

Advertisements

“Sudah tentu (saya) nak (Perak beraksi) lebih baik daripada tahun ini. Mungkin dari segi liga itu, kita mungkin boleh sasarkan kedudukan lima teratas ke atau enam teratas. Dari situ, (kita) akan mencuba yang terbaik pada tahun hadapan,” katanya kepada TBG TV.

Azfar Fikri telah mencipta 17 penampilan bersama Terengganu II dalam saingan Piala MFL. Musim 2023 dianggap manis buat beliau kerana membantu mereka meraih Piala MFL.

Advertisements

Beliau juga turut diberi peluang beraksi bersama pasukan senior sebanyak dua kali oleh jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner pada musim 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram