Perak Muktamadkan Perpindahan Tommy Mawat Bada
Transfer
Perak FC
Advertisements

Perak FC mengorak langkah awal dalam membina skuad musim 2024-2025 dengan membawa masuk Tommy Mawat Bada.

Perpindahan bekas bek kiri Negeri Sembilan FC itu diumumkan pengurusan The Bos Gaurus di laman media sosial rasmi mereka hari ini.

“Perak FC hari ini mengumumkan Tommy Mawat Bada sebagai pemain baharu musim 2024/2025. Bekas pemain Malaysia bawah 23 tahun ini bakal memperkuatkan posisi pertahanan kiri Perak FC,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Tommy, 28, mengakui merasa gembira kerana dapat menyertai skuad yang dibimbing Yusri Che Lah itu.

Selain berharap mendapat banyak minit permainan, beliau berharap dapat membantu pasukan bersaing merebut kedudukan lima teratas dalam liga.

Advertisements

“Sasaran saya adalah mendapatkan minit permainan untuk Perak FC. Dan untuk pasukan, sekurang-kurangnya kita boleh bersaing dengan lima pasukan teratas liga,” katanya kepada TBG TV.

Tommy sudah merekodkan 25 perlawanan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2023 bersama Negeri Sembilan. Tempoh itu menyaksikan beliau menyumbat dua gol dan mencipta dua bantuan gol.

Advertisements

Selain Negeri Sembilan, Tommy sebelum ini beraksi untuk Sabah FC, Selangor FC II, Sarawak United FC dan Kuching City FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram