Azhar Sulaiman Cadang Idea Kreatif Pulihkan Padang SNBJ
Harimau Malaya
Azhar Sulaiman/ MakanBola
Advertisements

Pelakon terkenal tanah air, Azhar Sulaiman telah berkongsikan cadangan kreatif untuk memulihkan semula keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Baru-baru ini, keadaan padang SNBJ mendapat respon pelbagai susulan keadannya yang tidak bersedia bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman.

Keadaan ini merupakan kali kedua terjadi selepas aksi Piala Malaysia 2023 antara JDT dan Terengganu di venue yang sama tahun lalu.

Advertisements

Azhar yang juga merupakan graduan di Universiti Teknologi Mara (UITM) peringkat diploma dalam jurusan seni bina sebelum menyambung pengajian di Universiti Newcastle Upon-Tyne, Newcastle, United Kingdom (UK) dalam bidang sama.

Setelah meneliti keadaan padang menerusi satu tangkap layar dari bahagian atas, beliau tampil dengan beberapa cadangan penambahbaikan.

“Abe Ha (Azhar) melakukan analisis dan post-moterm untuk mengetahui tentang mengapa perkara ini berlaku pada padang SNBJ. Adakah perkara ini boleh dielakkan atau tidak boleh dielakkan?”

Advertisements

Menerusi analisis beliau, kerosakan padang yang berlaku hanyalah pada beberapa kawasan tertentu sahaja

“Jika kita lihat pada gambar ini, kerosakan berlaku hanya pada tempat tertentu. Saya dah tandakan kepada beberapa zon (1,2,3).”

“Bukan semua bahagian padang SNBJ menaggung beban yang sama. Pada bahagian yang rosak itu mungkin diletakkan mesin atau peralatan yang terlalu berat seperti sistem elektrik.”

Advertisements

Azhar yakin keadaan ini boleh diatasi sekiranya pihak bertanggungjawab mengguna pakai pelindung rumput bagi mengelakkan sebarang bebanan diletakkan secara terus di atas rumput.

Beliau juga memberi contoh pelindung rumput yang digunakan ketika pelancaran Sukan Asia yang menyaksikan ratusan orang berdiri di atas padang pada satu masa tanpa menjejaskan keadaan padang.

Video: Idea kreatif Azhar Sulaiman

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram