PSM Akan Adakan Mesyuarat, Bincang Penambahbaikan Bersama Kontraktor SNBJ
Harimau Malaya
Wan/MakanBola
Advertisements

Isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang baik mengakibatkan ramai pihak marah dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Ini kerana keadaan padang yang kurang baik bukan saja merencatkan kelancaran permainan antara Malaysia dengan Oman dalam aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026.

Malah, situasi ini mengakibatkan dua pemain mengalami kecederaan. Pertama, bek kanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad yang terpaksa diusung keluar selepas mengalami kecederaan serius.

Advertisements

Kedua, penyerang Oman, Omar Al Malki apabila kakinya tersangkut pada bahagian rumput padang yang bermasalah.

Susulan itu, PSM memaklumkan bakal mengadakan mesyuarat bersama kontraktor SNBJ bagi membincangkan penambahbaikan yang perlu dilakukan selepas ini.

“Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengadakan mesyuarat post mortem bersama juruperunding dan kontraktor padang SNBJ pada awal minggu hadapan.

Advertisements

“PSM komited untuk terus membuat penambahbaikan dan akan memberikan maklum balas selepas post mortem,” kata agensi kerajaan itu dalam satu kenyataan.

Kualiti padang yang kurang memuaskan turut mengundang rasa tidak puas hati jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy selepas tamat perlawanan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram