Detik Suka Azam Azmi Bertukar Duka Dalam 24 Jam
Harimau Malaya
Terengganu FC/FA Malaysia
Advertisements

Pertahanan kanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad mengalami detik duka kurang 24 jam selepas mengalami dihujani momen gembira dalam kariernya.

Skuad kendalian Kim Pan-gon menghadapi tentangan pasukan ke-80 dunia, Oman namun tewas kedua-dua perlawanan dengan keputusan 2-0.

Penampilan pertahanan JDT yang dipinjamkan ke Terengganu bagi musim baharu bertukar cerita apabila beliau diusung keluar pada minit ke-25 apabila mengalami kecederaan ngeri.

Advertisements

Beliau yang beraksi pada posisi pertahanan kanan digantikan dengan rakan sepasukan, Daniel Ting sehingga tamat permainan.

Kedukaan ini juga merisikokan Azam yang mungkin terlepas peluang untuk membantu skuad negara beraksi di Piala Asia B-23, April ini.

Kejadian ini kurang 24 jam selepas pemain kental ini diumumkan selaku pertahanan terbaik Liga Malaysia pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK23) sekaligus menewaskan dua rakan sepasukan, Corbin-Ong dan Feroz Baharudin.

Advertisements

Status Azam bagaimanapun tidak dapat dipastikan susulan tiada kenyataan rasmi daripada pihak perubatan kelab atau skuad negara namun Kim Pan-gon memberi bayangan bahawa pemain itu mengalami kecederaan yang serius.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram