Azam Azmi Alami Kecederaan Ngeri Di SNBJ
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pertahanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika menentang Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Selasa.

Pemain berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan ketika ingin merebut bola bersama salah seorang pemain Oman menyebabkan kaki kirinya keihatan ‘tersangkut’ di atas permukaan padang dan seakan terseliuh.

Akibat daripada insiden malang itu, beliau terpaksa diusung keluar seawal minit ke-25 selepas terbaring dan dirawat oleh pasukan perubatan skuad kebangsaan.

Advertisements

Ketua jurulatih, Kim Pan-gon tanpa membuang masa membawa keluar pertahanan Terengganu FC itu dan digantikan dengan pemain Sabah, Daniel Ting.

Status kecederaan beliau bagaimanapun tidak dapat dipastikan setelah beliau baru sahaja pulih daripada kecederaan pada akhir tahun lalu.

Advertisements

Selain Azam, pemain Malaysia yang lain turut kelihatan bergelut untuk beraksi di atas permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil selepas beberapa kali tersungkur ketika ingin mendapatkan bola.

Aksi Malaysia dan Oman sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan terkini separuh masa pertama, Oman mendahului 1-0 hasil sepakan penalti Omer Al Malki pada minit ke-45.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram