Azim Al-Amin Kini Milik Selangor, Bakal Beraksi Buat Skuad Utama
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Selangor FC bakal menerima suntikan tambahan selepas penjaga gawang berbakat, Azim Al-Amin serta empat pemain Selangor B23 telah diserap ke skuad utama bagi musim 2024/2025.

Penjaga gol berusia 23 tahun ini berjaya menembusi skuad utama KL City FC selepas hampirntiga tahun sejak debutnya dengan membuat enam penampilan pada musim lalu.

Selain itu, Azim juga merupakan antara individu yang telah membantu skuad Ibu Kota itu mara ke perlawanan akhir Piala FA 2023 dengan aksi cemerlang beliau pada pusingan Separuh Akhir saingan tersebut.

Advertisements

Beliau juga beraksi dengan cukup cemerlang ketika membantu skuad b-23 negara ketika mencatatkan kemenangan ke atas China tempoh hari.

Selain Azim, empat muka baharu yang akan bersama skuad utama Selangor FC adalah kapten Selangor B23 musim lalu, Faiz Amer (21 tahun), pemain tengah, Haiqal Haqeemi (21 tahun), pemain pertahanan, Aiman Hakimi (19 tahun) dan pemain termuda skuad negara B23 tahun, Muhammad Abu Khalil (19 tahun).

Advertisements

Keempat-empat mereka merupakan pemain tonggak skuad Gergasi Merah B23 yang pernah dipanggil untuk menyertai skuad senior untuk dua siri perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Persiraja dan PSIS Semarang di Indonesia pada bulan Ogos 2023.

Menurutnya, beliau amat teruja apabila bakal memperkuatkan pasukan Merah Kuning dan sedia memberikan yang terbaik.

Advertisements

“Saya bersyukur kerana ditawarkan peluang untuk bersama kelab Gergasi Merah. Saya yakin banyak yang saya boleh belajar daripada pemain-pemain lain terutamanya penjaga gol pasukan seperti Yan (Khairulazhan Khalid) dan Sam (Samuel Somerville). Saya juga berharap saingan tinggi antara kami akan mematangkan lagi corak permainan saya dari masa ke semasa,” ujar Azim kepada Selangor FC.

Azim merupakan pemain ke-4 yang diumumkan oleh Selangor selepas menyambar tiga pemain import termasuklah Alvin Fortes.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram