Azim Al-Amin Pasang Niat Bawa Malaysia Ke Olimpik
Harimau Malaya
Azim Al-Amin
Advertisements

Biarpun bakal berdepan pasukan-pasukan gergasi Asia, penjaga gol Skuad Bawah 23 (B-23) negara, Azim Al-Amin memasang impian untuk membawa Malaysia layak ke Sukan Olimpik akan datang.

Malaysia B-23 yang kini di bawah kendlian Juan Torres Garrido bakal berlepas ke Qatar untuk melalui ujian getir di Piala Asia B-23 Qatar.

Bagi Azim, tiada yang mustahil untuk beliau dan rakan sepasukan di dalam skuad B-23 negara meneruskan momentum positif bola sepak Malaysia sejak kebelakangan ini.

Advertisements

“Mungkin pasukan bawah 23 boleh ikut jejak pasukan senior. Walaupun menentang pasukan di ranking yang tinggi, tapi boleh berikan 100 peratus dan boleh seri dengan pasukan Korea Selatan.

“Bagi saya, jika saya diberi peluang untuk bermain, insya Allah saya akan lakukan yang terbaik. Mungkin tahun ini adalah tahun yang terbaik sebab momentum Malaysia sedang meningkat. Insya Allah jika ada peluang, kita akan layak ke Olimpik,” jelas Azim ketika ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama skuad bawah 23 tahun negara selepas Juan Torres Garrido mengambil alih jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan.

Advertisements

Azim telah mempamerkan aksi luar biasa ketika perlawanan persahabatan di antara Malaysia B-23 dan China B-23. Perlawanan yang berpihak kepada Malaysia 1-0 itu menyaksikan Azim bertungkus lumus menyelamatkan gawnag skuad kebangsaan daripada dibolosi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram