Advertisements
Azim Al-Amin Bakal Rancakkan Posisi Penjaga Gol Selangor
Transfer
MakanBola
FA Malaysia

Penjaga gol KL City FC, Azim Al-Amin difahamkan bakal membawa haluan baharu dengan menyertai Selangor FC.

Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama buat pasukan The City Boys namun berdepan persaingan Kevin Mendoza dan Azri Ghani musim lalu.

Beliau bagaimanapun memperagakan aksi cemerlang ketika diberi peluang untuk mengetuai jentera pertahanan Malaysia b-23 ketika bertemu China tempoh hari.

Beberapa penyelamatan penting olehnya telah membantu anak didik Juan Torres Garrido merakamkan kemenangan 1-0 ke atas negara tembok besar itu.

Menerusi perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Azim dijangka membawa haluan baharu untuk menyertai The Red Giants.

“Difahamkan penjaga gol Kuala Lumpur City & skuad B23 tahun negara, Azim Al Amin bakal bawa haluan baru dengan menyertai Selangor FC untuk saingan Liga M 2024/2025. Kehadiran Azim dilihat sebagai prospek jangka masa panjang untuk Red Giants.

Beliau hanya beraksi sebanyak 270 minit musim ini dalam saingan Liga Super 2023 dan sudah pasti mahu membawa haluan baharu untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain.

Kehadirannya ke Selangor menyaksikan persaingan antara 4 penjuru bersama Sam Somerville, Khairul Azhan dan Sikh Azhan untuk merebut status penjaga gol nombor satu.

Video: Malaysia b-23 vs China