Azim Al-Amin Yakin Persiapan Malaysia Ke Piala Asia B-23 Berjalan Lancar
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Penjaga gol skuad kebangsaan bawah 23 tahun, Azim Al-Amin yakin persiapan Malaysia untuk ke Piala Asia B-23 di Qatar berjalan dengan lancar.

Azim Al-Amin berpandangan tempoh masa sebulan yang ada cukup untuk para pemain membina kecergasan dan keserasian sebelum menghadapi tentangan Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait dalam Kumpulan D Piala Asia B-23.

“Saya rasa cukup kerana dalam masa sebulan ada 4-5 perlawanan, jadi bagus untuk kecergasan pemain.”

Advertisements

“Persaingan (penjaga gol) agak sengit kerana yang hadir adalah pemain yang mempunyai nama dan beraksi dalam kesebelasan utama. Saya yakin saya boleh bersaing tetapi itu terserah kepada jurulatih.”

“Persiapan sekarang pasukan boleh (bagus) sebab ada masa sebulan lagi untuk kejohanan bermula. Masih ada masa untuk kita perbaiki.”

Advertisements

“Sekarang masih ada pemain yang menyertai pasukan senior dan ada yang masih belum datang. Jadi bila dah ada semua saya rasa pasukan ini akan jadi yang terbaik.”

“Kita kena kerja keras dan tunjuk apa yang kita mampu. Dari situ jurulatih akan menilai dan InsyaAllah kita akan dapat tempat.” ujar Azim Al-Amin.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan lima perlawanan persahabatan sebagai persiapan untuk Piala Asia B-23 menentang India pada 22 dan 25 Mac, China (3 April) dan Qatar (6 atau 7 April).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram