Menurut satu kenyataan daripada jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah beranggapan pasukan Harimau Malaya sebenarnya masih belum mencapai tahap Asia Tenggara apatah lagi ingin menakluki peringkat Asia.
Azraai Khor menjelaskan tiga tahun lepas, pasukan negara menjadi antara pasukan terbaik di Asia Tenggara. Namun pada ketika ini, kita masih berada pada takuk yang sama dan perkara ini menyebabkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe menampilkan aksi hambar di kempen Piala AFF.
Baginya,
“Bayangkan pada 2018, kita jadi pasukan kedua terbaik, sepatutnya kita buat penambahbaikan tetapi kita kekal di takuk sama walaupun kita akui pelbagai faktor menyumbang kepada prestasi hambar di Singapura.”
Bekas pengedali Kedah itu juga mengkritik kualiti para pemain dan menjadikan kapten pasukan Thailand sebagai role-model bagi memperkihatkan perkara sebenar. Beliau juga sangat bersetuju dengan pandangan yang diperkatakan oleh Prof Zulakbal dimana kepentingan dalam merencana di peringkat akar umbi untuk melahirkan pemain yang berkualiti.
“Ternyata memang jauh (jurang). Kita menang apabila buku tidak bertemu ruas tetapi apabila buku bertemu ruas, kita tewas. Kita lihat kualiti pemain Thailand seperti kapten (Chanathip Songkrasin). Itulah kualiti yang kita mahukan.”
“Setuju sangat (pandangan Zulakbal). Apa yang penting adalah pembangunan dan kaedah yang diterapkan di peringkat akar umbi, kena betul-betul terancang,” kata Azraai kepada Berita Harian.
Tambah Azraai, ranking pasukan kebangsaan ketika ini bukan suatu yang perlu dibanggakan. Akan tetapi, masih belum terlambat untuk pihak pengurusan mengambil iktibar dan manfaatkan segala kritikan -kritikan yang membina dijadikan sebagai aras petunjuk untuk meningkatkan mutu permainan bola sepak kebangsaan selain melahirkan pemain yang berkualiti tinggi.
“Walaupun ada peningkatan daripada segi ranking tetapi duduk di tangga sekitar 150, itu bukanlah kedudukan yang membanggakan.
“Tak terlambat lagi untuk kita bermula semula kerana inilah masanya untuk kita membuat perubahan. Banyak pandangan yang sudah diberikan jadi ambillah ia sebagai aras petunjuk untuk merancang,”