Azwan Aripin Ajar Cara ‘Rantai’ Arif Aiman
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pertahanan kental Sri Pahang, Azwan Aripin memberikan satu gambaran terbaik untuk memastikan Arif Aiman sentiasa dibayangi kelibatnya.

Pemain berusia 28 tahun itu turun dalam kesebelasan utama Tok Gajah untuk mengekang cabaran Harimau Selatan di laman lawan.

Ad

Usaha gigih para pemain Sri Pahang tidak kesampaian apabila tunduk dengan keputusan 3-0 sekaligus terlepas peluang meraih 3 mata.

Ad

Tumpuan penyokong bagaimanapun terarah kepada pertembungan sengit antara Azwan dan Arif Aiman pada bahagian sayap.

Bekas pertahanan Kelantan itu beraksi cemerlang untuk mengekang larian deras Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu.

Ad

Beliau juga tidak membenarkan percubaan tepat dilakukan oleh Arif Aiman terutamanya ketika menghampiri kotak penalti Sri Pahang.

Ad

Arif beraksi sepanjang 90 minit permainan di Stadium Sultan Ibrahim dengan Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio telah mengubah posisinya kepada pemain tengah menyerang (AMF) selepas kemasukan Mohamadou Sumareh.

Ad

Pemain sayap Harimau Malaya itu masih tidak menjaringkan gol ketika bertemu Sri Pahang dalam tiga pertemuan terakhir dengan kelibat Azwan Aripin sentiasa menjadi pilihan utama Ketua Jurulatih, Fandi Ahmad.

Dominasi JDT kekal tidak tergugat apabila merekodkan 100 peratus kemenangan dalam semua aksi yang diharungi musim 2024/25.