Azzmi Aziz: Tugas Sukar Tapi Negeri Sembilan Perlu Bangkit
MakanBola
Azrihazq / MakanBola
Sponsors

Jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz mengakui pasukannya perlu segera bangkit jika tidak mahu tercicir dalam saingan Liga Super musim 2024/25.

Aksi terbaru Liga Super yang berlangsung pada 21 Jun lalu menyaksikan skuad Rusa tumbang 3-0 kepada pasukan dari Lembah Klang, KL City FC.

Ad

Jaringan Brendan Gan, Paulo Josue dan S. Sharvin memastikan anak buah Azzmi tewas buat kali keempat musim ini.

Ad

Dengan Sri Pahang bakal menanti Negeri Sembilan selepas ini pada 13 Julai di Temerloh, cabaran sukar menanti pasukan itu.

Pada masa sama, Azzmi melihat itu bukan alasan buat skuad Rusa untuk memburu kemenangan pertama dalam musim 2024/25.

Ad

“Ya, pastinya kita amat terdesak selepas mengalami kekalahan empat kali berturut-turut. Tiga (dalam) liga dan satu (dalam) Piala FA. Saya pasti ya bila kita ke Temerloh, memang satu lagi cabaran yang sukar.

Ad

“(Sri) Pahang satu pasukan yang bagus tapi apa pun kita kena positif sebab itu saja pilihan yang kita ada sekarang. Jadi, Insya Allah kita akan cuba sebaik mungkin Insya Allah,” katanya dalam temubual selepas perlawanan.

Ad

Kekalahan ketiga dalam liga menyaksikan Negeri Sembilan kini di tangga tercorot tanpa sebarang mata.