Liga Super
Kedah Darul Aman
Advertisements

Perebutan naib juara Liga Super musim ini dilihat semakin sengit di antara Terengganu FC yang kini di kedudukan ke-2 liga dengan 37 mata dan Kedah Darul Aman FC yang kini di kedudukan ke-3 dengan 35 mata.

Kedah yang masih kekurangan 2 perlawanan berbanding Terengganu dilihat berpeluang cerah untuk dinobatkan sebagai naib juara. Namun segalanya boleh berlaku dalam bola sepak. Jika Kedah meneruskan rentak kemenangan pastinya naib juara akan menjadi milik mereka.

Kapten pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar baru-baru ini telah memberitahu di dalam laman sosial Facebook, Kedah Darul Aman FC bahawa beliau merasakan bahawa Kedah bakal mengakhiri saingan di tempat kedua.

Advertisements

“Alhamdulillah, saya merasakan KDA FC berada di landasan terbaik untuk mengakhiri saingan liga di tempat kedua,” katanya.

Baddrol juga menyatakan bahawa pasukannya perlu memberi fokus dalam melalui perlawanan demi perlawanan demi bersaing di Piala AFC musim depan .

“Seperti apa yang Coach Aidil tekankan, kami perlu fokus satu perlawanan ke satu perlawanan dan perlu melakukan terbaik dalam misi ke saingan Piala AFC musim depan,” tambah Baddrol.

Advertisements
baddrol kedah 1 Baddrol Bakhtiar Optimis Kedah Bakal Akhiri Liga Di Tempat Ke-2
Sumber : Facebook Kedah Darul Aman FC

Keyakinan yang disuarakan oleh ‘lagenda hidup’ Kedah itu ternyata menambah keyakinan penyokong-penyokong pasukan Kedah demi melihat pasukan kesayangan mereka beraksi di pentas Asia. Pasukan Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC terlepas aksi Piala AFC (zon asia tenggara) musim ini selepas dibatalkan gara-gara situasi pandemik COVID-19.

Kedah akan turun menentang Perak FC malam ini di Stadium Darul Aman manakala Terengganu FC bakal berkunjung ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur untuk perlawanan menentang tuan rumah Kuala Lumpur City FC.

Persaingan untuk merebut naib juara Liga Super kini menjadi perhatian seluruh peminat liga Malaysia selepas Johor Darul Ta’zim berjaya mengesahkan kejuaraan liga buat kali ke-8 berturut-turut sekaligus memadam rekod Selangor sebagai pasukan yang paling banyak memenangi kejuaraan liga di Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram