Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyandang juara Liga Super Musim 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sah menjadi pasukan terbanyak memenangi piala berprestij itu sekaligus memecahkan rekod yang dipegang oleh pasukan Selangor FC.

Setelah pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Sultan Ismail Idris (TMJ) merangkul gelaran Liga Super buat 8 musim berturut-turut, ia sekaligus mengesahkan kedudukan pasukan Harimau Selatan sebagai gergasi bola sepak Malaysia ketika ini.

Rekod ini dilihat berdasarkan jumlah kejuaraan liga bola sepak Malaysia sejak mula dipertandingkan pada 1979. JDT telah berjaya mengatasi pasukan Selangor sebagai Raja Liga setelah misi untuk mempertahankan piala MSL buat kali ke-8 pada musim 2021 menjadi kenyataan.

Advertisements

Sebelum ini, pasukan Selangor telah memenangi kejuaraan Liga sebanyak 7 kali iaitu pada 1980, 1984, 1989, 1990, 2000, 2009 dan juga kali terakhir pada tahun 2010. Rekod sebanyak 7 kali itu hanya bertahan selama kira-kira 11 tahun sahaja setelah JDT yang memulakan transformasi bola sepak mereka di bawah TMJ berjaya memecahkannya.

Baca: Piala Sudirman: Malaysia Diundi Bersama Tiga ‘Gergasi’

Menurut laman rasmi Opta J iaitu sebuah portal analisis data bola sepak, dominasi pasukan tersebut secara rasminya boleh dilihat selepas tiada pasukan yang mampu untuk menyekat kemaraan mereka sekaligus menjulang piala Liga Super sejak tahun 2014.

Advertisements
opta J Johor Darul Ta'zim Kini Pasukan Paling Banyak Memenangi Gelaran Liga di Malaysia
Twitter: OptaJ_Analytics

JDT juga mengesahkan piala ke-29 hadir ke bumi Johor semenjak TMJ mengambil alih pasukan itu. 10 piala telah berjaya dirangkul oleh pasukan muda mereka sementara pasukan senior unggul meraih 19 piala secara keseluruhannya.

Ini juga selaras dengan visi dan misi yang dibawa oleh Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris (TMJ) yang pernah menjelaskan bahawa JDT adalah sebuah pasukan yang kompetitif dan sentiasa memburu kejuaraan.

Baca: Ziyad Zolkefli Sedia Gegar Tokyo

Advertisements

Kejayaan yang dikecapi oleh JDT ketika ini bukan sahaja dilihat di atas padang, namun mereka juga berjaya menempa nama yang gah di luar padang dalam semua aspek termasuklah kerjasama penajaan bersama jenama kereta antarabangsa, Aston Martin yang diumumkan baru-baru ini.

JDT juga dikhabarkan bakal mempunyai pusat latihan baharu yang bakal memulakan pembinaannya pada Oktober ini sekaligus menggambarkan persediaan rapi pasukan itu untuk menghadapi saingan terutamanya dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada masa akan datang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram