Pengeluar kereta antarabangsa dari United Kingdom, Aston Martin menjalinkan kerjasama strategik dengan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim.
Aston Martin HQ telah bersetuju untuk mengeluarkan kereta Aston Martin bertema ‘JDT Edition’ untuk dijual di mana keuntungan dari jualan akan dikongsi diantara JDT dan Aston Martin.
Dalam satu video yang dimuat naik di Facebook, Twitter dan Instagram Johor darul Ta’zim memaparkan beberapa pemain Johor darul Ta’zim menaiki kenderaan Aston Martin menghala ke roundabout ikonik JDT di Stadium Sultan Ibrahim.
Pihak Johor darul Ta’zim masih belum memberikan maklumat tambahan berkenaan kerjasama ini.