Dunia
Photo: Instagram @hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris telah membuat satu kenyataan berkenaan dengan hadiah terakhir beliau buat pasukan Johor Darul Ta’zim.

Tunku Ismail Idris telah membawa pasukan Harimau Selatan menjadi salah sebuah kelab yang berjaya dengan pelbagai pencapaian sepanjang 8 tahun beliau berada di kelab.

“Saya telah berjaya membangunkan JDT dengan macam-macam cara sama ada dalam dan luar padang.”

Advertisements

Malah, 18 piala yang dicapai oleh pasukan senior dan juga 10 piala pasukan junior menjadikan koleksi piala yang dikumpul oleh pasukan tersebut sebanyak 28 piala hanya dalam tempoh kurang daripada 10 tahun menceritakan segalanya.

Bukan itu sahaja, kini JDT telah berjaya menjadi salah satu jenama besar yang gah berdiri di persada antarabangsa dan dikenali melalui hubungan-hubungan dengan syarikat ternama.

Oleh yang demikian, beliau ada menyatakan komen pada satu video yang dimuat naik secara rasmi di laman Instagram @officialjohor mengenai rancangan pembinaan pusat latihan baharu JDT.

Advertisements

Video tersebut memberi gambaran mengenai reka bentuk pusat latihan baharu tersebut dan dijangka akan mula dibangunkan pada bulan Oktober ini.

Proses ini termasuklah meratakan tanah dan juga pemasangan infrastruktur asas seperti kabel kuasa dan juga paip air.

Sungguhpun begitu, rata-rata peminat tertartik dengan komen beliau yang menyatakan bahawa ini hadiah terakhirnya buat pasukan tersebut.

Advertisements

“Ini hadiah terakhir saya buat kelab.”

Tidak dapat dinafikan bahawa JDT mempunyai fasiliti bertaraf dunia dan menjadi penanda aras bola sepak di negara kita dengan segala pencapaian dan pengiktirafan yang diterima.

Semoga pembangunan ini dapat menjadikan inspirasi buat kelab-kelab lain untuk terus maju ke hadapan.

Advertisements
komen tmj TMJ: Ini Hadiah Terakhir Saya Buat Kelab
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram