TMJ: Kalau Nak Main Bola Dan Bunga Api, Datanglah Ke JDT
Dunia
hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris (TMJ) hari ini memuat naik satu kenyataan berkenaan dengan situasi yang melanda pemain kebangsaan, Syafiq Ahmad di kelab tersebut.

Baru-baru ini, Syafiq ada memuat naik satu kenyataan di laman Twitter beliau sebelum sempat diturunkan semula setelah mendapat komen daripada para peminat.

Syafiq dikatakan meluahkan rasa kekecewaannya setelah gagal memperoleh minit permainan di kelab selatan tanah air itu sebelum kenyataan itu dipadam dan dinaikkan kenyataan baru yang ingin JDT terus berjuang untuk merangkul kejuaraan Liga Super kali ke-8.

Advertisements

Namun begitu, TMJ telah menjelaskan secara terperinci berkenaan situasi yang berlaku di kelab tersebut. Beliau menyatakan bahawa di JDT, siapa yang menunjukkan kesungguhan, kerja keras dan disiplin yang tinggi berhak untuk mendapat minit permainan di atas padang.

” Ini kelab bola sepak, bukan kelab kebajikan. Siapa berlatih bagus dan bekerja keras, maka mereka akan bermain.”

Sambil itu, beliau turut menyatakan kini JDT di landasan terbaik untuk merangkul piala Liga Super kali ke-8 berturut-turut dan beberapa piala lain yang turut berpeluang dijulang pada musim ini.

Advertisements

Tambahan pula, JDT adalah sebuah kelab yang sentiasa berusaha untuk mencabar setiap piala. Maka, pemain-pemain yang diperlukan di kelab tersebut adalah pemain yang bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran.

“Siapa yang inginkan cabaran dalam karier dan piala boleh datang ke JDT.”

TMJ pasti setiap pemain pastinya inginkan minit permainan, namun ia perlu dibuktikan dengan kesungguhan dalam latihan.

Advertisements

“Jika ada sesiapa yang inginkan minit permainan, boleh sertai kelab lain, tiada paksaan.”

Beliau turut menerangkan bahawa peristiwa yang melanda Syafiq pada akhir tahun lepas telah menjadikan beliau tidak bersedia sepenuhnya untuk diturunkan.

Namun begitu, beliau sentiasa terbuka untuk mendengar segala permasalahan dari para pemain sambil menegaskan pintu buat mereka sentiasa terbuka.

Advertisements

TMJ menutup komentar beliau dengan menjelaskan bahawa JDT adalah kelab yang kompetitif dan sentiasa bersaing untuk setiap kejuaraan.

“Nak bermain bola semua tempat boleh bermain bola, tapi nak main bola dan bunga api, datanglah ke JDT.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram