Syafiq Ahmad: Seronok Tengok Kawan-Kawan Main Bola
Dunia
Instagram: @famalaysia
Advertisements

Penyerang kebangsaan negara, Muhammad Syafiq Bin Ahmad telah memuat naik satu tweet di media sosial Twitter miliknya. Dalam aksi Liga Super semalam, kelab diwakilinya, Johor Darul Ta’zim (JDT) menang keatas PJ City 2-0.

Ketika tamat aksi perlawanan semalam, Syafiq Ahmad dilihat membuat satu tweet berbunyi, “Seronok tengok kawan-kawan main bola”. Tweet tersebut menjadi bualan ramai peminat dan disambut baik pemain bola sepak tempatan yang lain.

Namun ciapannya dipadam selepas ianya tular.

Advertisements

Pemain tengah KL City FC, Akram Mahinan di akaun twitter miliknya menyapa tweet tersebut dengan ‘mention’ akaun rasmi Kuala Lumpur City FC.

https://twitter.com/akrammahinan/status/1429102820699951105?s=21

Rakan sepasukan Akram, Hadin Azman turut membalas tweet tersebut dengan isyarat seolah-olah mengajak Syafiq turut serta. “Hahahaha lai lai,” balas Hadin.

Sebelum ini, status Syafiq menjadi tanda tanya peminat bola sepak apabila sekian lama beliau tidak diturunkan dalam aksi kompetitif bersama kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Advertisements

Berdasarkan rekod, kali terakhir Syafiq diberi kepercayaan Benjamin Mora adalah ketika JDT beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Nagoya Crampus 4 Julai lalu. Penyerang serba boleh itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-67 permainan menggantikan Ahmad Hazwan Bakri. 

Perkara seperti ini menjadi kegusaran buat penyokong Harimau Malaya yang risau jikalau Syafiq tidak tersenarai dalam skuad Harimau Malaya kelak. Ada di antara peminat yang mahukan Syafiq berhijrah ke kelab lain.

Ada juga di antara penyokong yang mengajak Syafiq untuk kembali pulang bermain di Kedah FC.

Advertisements

Walau bagaimanapun, kita mendoakan yang terbaik buat Syafiq agar kekal pada prestasi terbaiknya untuk beraksi bersama pasukan negara kelak. Syafiq dilihat sebagai aset penting dalam merencanakan setiap percaturan Tan Cheng Hoe.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram