Status Syafiq Ahmad Menjadi Tanda Tanya
Blog
Getty Images
Advertisements

Status penyerang kebangsaan, Muhammad Syafiq Bin Ahmad menjadi tanda tanya peminat bola sepak tempatan apabila sekian lama beliau tidak diturunkan dalam aksi kompetitif Liga Super bersama kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Berdasarkan rekod, sepanjang enam aksi terakhir Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Super, nama Syafiq Ahmad tidak didaftarkan oleh JDT. Beliau juga turut tidak berada dalam senarai bangku simpanan apatah lagi dalam kesebelasan utama sejak saingan liga super kembali bersambung.

Kali terakhir Syafiq Ahmad diberi kepercayaan Benjamin Mora adalah ketika JDT beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) ketika menentang Nagoya Crampus pada 4 Julai. Penyerang serba boleh itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-67 permainan menggantikan Ahmad Hazwan Bakri. 

Advertisements

Perkara ini menjadi kerisauan kepada penyokong-penyokong Harimau Malaya apabila Syafiq Ahmad tidak diturunkan untuk bermain kerana Ia akan menjejaskan prestasi pemain yang berusia 26 tahun ini kerana minit permainan yang cukup buat seseorang pemain itu sangat penting dalam mengekalkan prestasi, stamina serta momentum dalam permainan. Ini bakal menjejaskan persiapan Syafiq dalam menghadapi kelayakan Piala Asia dan AFF Suzuki bersama skuad kebangsaan nanti. 

Peminat juga gusar jika ketiadaan Syafiq membarisi kesebelasan utama pasukannya bakal menutup pintu buat pemain itu untuk tersenarai dalam skuad Harimau Malaya. Walau bagaimanapun, kelibat Syafiq Ahmad masih lagi kelihatan ketika sesi latihan bersama kelabnya.

Rata-rata peminat bola sepak tanah air ingin beliau kekal pada prestasi terbaiknya sungguhpun ditimpa beberapa siri ujian menjelang awal tahun baru ini. Syafiq juga yang sentiasa memberikan segalanya ketika beraksi buat pasukan negara dilihat sebagai aset penting untuk merencanakan percaturan Tan Cheng Hoe.

Advertisements

JDT yang kini berjaya melakar kemenangan tujuh kali berturut-turut dalam saingan Liga Super Malaysia kekal meneraju tangga teratas liga selepas berjaya melakar kemenangan keatas Sabah FC semalam.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva kini memegang rekod penjaring terbanyak liga super. Jaringan Bergson dalam perlawanan semalam menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak liga dengan 19 ledakan gol yang beliau hasilkan setakat 18 perlawanan. Penyerang import Selangor FC, Ifedayo Olusegon mengekori rapat dengan 17 jaringan gol.

Pemain kelahiran Argentina ini juga berjaya memintas rekod penjaring terbanyak Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Super yang dipegang bekas pemain import mereka, Pareyra Diaz dengan 18 gol pada tahun 2016. Prestasi mantap Bergson ketika ini pasti akan terus memperkuat skuad JDT dengan bantuan penyerang-penyerang yang lain seperti Guilherme De Paula, Syafiq Ahmad dan Ahmad Hazwan Bakri.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram