Semakin Hampiri Kejuaraan, Gol ‘Lob’ Bergson Da Silva Bantu JDT Tewaskan Sabah FC
Dunia
Instagram : @officialjohor
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) megah memacu kedudukan teratas Liga Super apabila mencapai kemenangan keatas Sabah FC. JDT yang melayan kunjungan Sabah FC pada aksi ke-18 Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, hari ini berjaya mengutip tiga mata penuh.

Skuad tuan rumah mempertaruhkan gandingan Bergson, Arif dan Safawi di bahagian hadapan manakala pasukan pelawat pula bermula dengan gandingan Amri, Saddil dan Levy Madinda. JDT bermula garang seawal minit ke-2 perlawanan apabila hantaran Bergson gagal dimanfaatkan Safawi Rasid dimana tandukannya itu sekadar melewati palang gol. 

Gol sulung perlawanan hadir pada minit ke-18 yang mana merupakan gol yang ke 18 buat Bergson Da Silva, dalam saingan liga super. Gol tersebut disempurnakan dengan baik hasil hantaran kemas Safawi Rasid.

Advertisements

Tiga minit selepas gol pertama perlawanan, JDT menambah jaringan menerusi hantaran Leandro yang sekali lagi disempurnakan Bergson. ‘Lob’ cantik tersebut mudah menewaskan Rozaimi Rohim pada minit ke-21 apabila ‘offside trap’ pertahanan Sabah FC tidak menjadi.

Sabah FC memiliki peluang terbaik pada minit ke-27 menerusi sepakan percuma. Namun sepakan itu berjaya ditepis keluar dengan baik oleh Farizal Marlias. Pemain sensasi negara, Safawi Rasid pula hampir-hampir menambah jaringan JDT selang dua minit selepas itu, namun hantaran Safiq yang ditanduk Safawi itu berjaya diselamatkan penjaga gol Sabah FC. Pada minit ke-37 permainan, penyerang import Sabah FC Levi Madinda, pula menerima umpanan hasil gerakan kreatif Saddil namun percubaan Maadinda itu sekadar menerjah jaring luar. 

Aksi separuh masa pertama berakhir dengan keputusan positif buat tuan rumah, JDT mendahului Sabah FC dengan jaringan 2-0. 

Advertisements

Separuh masa kedua bermula dengan pasukan JDT terus mengekalkan momentem perlawanan. JDT tenang mengusai permainan dan banyak asakan-asakan yang dilakukan menggerunkan pertahanan pasukan lawan.

Dua sepakan percuma jarak dekat dihadiahkan kepada JDT pada minit ke-52 dan minit ke-60 perlawanan apabila Safawi Rasid dijatuhkan. Namun sepakan yang diambil Safiq Rahim dan Safawi Rasid itu sekadar melewati palang.

Pemain gantian JDT, Akhyar Rashid yang memperdaya pertahanan Sabah FC berjaya melakukan satu percubaan tepat pada minit ke-67 seminit selepas beliau dimasukkan. Gerakan menarik yang dicetuskan JDT menerusi pemain muda, Arif Aiman sekali lagi gagal menerjah jaring apabila sepakan tepat Leandro Velazquez ditepis kemas penjaga gol Sabah FC, Rozaimi Rohim.

Advertisements

Skuad kendalian Benjamin Mora kekal mempertahan kubu pertahanan mereka sehingga tamat perlawanan. Benteng tengah yang diketuai Mauricio ampuh dalam mematahkan setiap gerakan penyerang Sabah FC.

Jaringan pemain kelahiran Brazil, Bergson Da Silva dalam perlawanan hari ini menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak liga dengan 19 ledakan gol yang beliau hasilkan setakat 18 perlawanan. Penyerang import Selangor FC, Ifedayo Olusegon mengekori rapat dengan 17 jaringan gol.

JDT berjaya mencapai kemenangan keenam berturut-turut dan terus mengukuhkan penguasaan. Kemenangan ini menjadikan JDT lebih dekat dengan gelaran juara Liga Super lapan kali berturut-turut. JDT mengatasi Sabah FC, 2-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram