Badi Penjaga Gol Vietnam Belum Terhapus
MakanBola
VFF

Penjaga gol Vietnam, Filip Nguyen masih belum dapat menghapuskan badi setiap kali diturunkan dalam perlawanan yang melibatkan skuad kebangsaan Vietnam.

Pemain berusia 32 tahun itu masih belum merasai kemenangan bersama Vietnam ketika mana beliau diturunkan sebagai penjaga gol utama.

Pada aksi persahabatan antarabangsa menentang India yang berlangsung di laman sendiri pada Sabtu, Filip Nguyen diturunkan dalam kesebelasan utama dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Keputusan seri itu adalah keputusan seri pertama yang dirasai Filip Nguyen sepanjang 8 penampilan beliau bersama skuad kebangsaan.

Manakala enam perlawanan lain yang meletakkan beliau sebagai penjaga gol utama sebelum ini berakhir dengan kekalahan.

Penjaga gol kelahiran Republik Czech itu mungkin perlu menangguhkan hasrat merasai kemenangan bersama skuad Vietnam selepas perlawanan selepas ini bertemu Lubnan yang dijadualkan 15 Oktober ini telah dibatalkan.

Selain Filip Nguyen, Vietnam turut mempunyai khidmat seorang lagi penjaga gol kacukan iaitu Dang Van Lam yang mempunyai rekod baik dalam perlawanan antarabangsa terutamanya ketika Vietnam di bawah kendalian Park Hang-seo.