Bafétimbi Gomis Setuju Tinggalkan Kawasaki Frontale Untuk Ke Thailand
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Penyerang berpengalaman Kawasaki Frontale, Bafétimbi Gomis bersetuju untuk meninggalkan pasukan dan berhijrah ke Thailand.

Perkara ini dilaporkan oleh wartawan Jepun, Marc Molla mengenai perancangan pemain berusia 38 tahun itu beraksi di Liga Thailand.

Ad

Beliau difahamkan menerima tawaran daripada kelab gergasi Thailand, Muangthong United yang tertarik untuk mendapatkan bekas penyerang Al-Hilal ini bagi musim 2024/25.

Ad

“Kelab divisyen satu Thailand, Muangthong United berminat untuk mendapatkan penyerang Kawasaki Frontale Baphetimbi Gomis.

“Ejen terkenal, Noppakul Tatip telah mendedahkan bahawa Muangthong sedang berunding dengan penyerang import tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan di laman X.

Ad

Beliau turut memaklumkan bahawa Gomis telah bersetuju untuk melengkapkan perpindahan ke Thailand.

Ad

“Penyerang Kawasaki Frontale, Bafetimbi Gomis dan Muangthong nampaknya telah mencapai persetujuan atas terma peribadi.

Ad

“Gomis telah menghubungi Muangthong untuk mempromosikan dirinya dan telah menerima potongan gaji. Rundingan antara kelab diteruskan.”

Penyerang berusia 38 tahun itu bagaimanapun hanya menjaringkan 3 gol dalam 15 perlawanan yang diharungi pada musim 2024.

Antara momen yang diingati oleh penyokong Malaysia apabila beliau turun beraksi ketika menentang JDT dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) tahun lalu.