Aksi persahabatan antarabangsa antara pasukan Bahrain dan Angola berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan ke-117 dunia itu.
Aksi yang berlangsung di Stadium Qatar itu memberi tampadan hebat kepada anak buah Juan Antonio Pizzi yang kini berada dalam momentum kurang baik.
Pasukan ke-86 dunia ini bergelut untuk mencari rentak sebenar apabila gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan ini dan tewas 3-0.
Angola juga kelihatan lebih selesa untuk mengawal permainan terutamanya pada babak kedua.
Senarai nama penjaring bagaimanapun tidak didedahkan kerana ini merupakan aksi tertutup.
Aksi tertutup ini juga menjadi perlawanan pemanas badan terakhir buat jaguh Timur Tengah itu sebelum ke Piala Asia 2023.
Sebelum ini, skuad yang terkenal dengan jolokan Dilmun Warriors ini sudah pun tewas 0-2 kepada Australia sekaligus menjejaskan rentak pasukan.
Pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari, Bahrain tewas kepada UAE (2-0) sungguhpun menang berdepan Yaman (2-0) sebelum itu.
Aksi pembukaan Kumpulan E, Piala Asia akan menyaksikan Bahrain berdepan pasukan ke-22 dunia, Korea Selatan pada 16 Januari 2024.