Bahrain kecundang di tangan Australia setelah tewas dengan jaringan 2-0 dalam aksi persahabatan.
Gol pertama Australia hadir menerusi jaringan sendiri pertahanan Bahrain, Amine Benaddi yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-35.
Australia mendominasi penguasaan bola pada babak pertama namun hanya mampu mencipta dua percubaan ke arah gawang gol Bahrain.
Bersambung babak kedua, Bahrain mencetak beberapa peluang namun penguasaan bola daripada Australia menyukarkan percaturan Bahrain.
Australia kemudian menambah gol kedua pada minit ke-61 hasil tandukan Mitchell Duke yang memanfaatkan kelalaian barisan pertahanan Bahrain.

Kedua-dua pasukan sedikit bergelut dibahagian serangan apabila Bahrain hanya mampu melakukan 1 percubaan tepat manakala Australia pula hanya melakukan 3 percubaan tepat sepanjang permainan.
Tamat perlawanan, Australia berjaya menewaskan Bahrain 2-0 sebagai persediaan menghadapi cabaran India, Syria dan Uzbekistan kelak.
Bahrain pula bakal memulakan aksi pertama Piala Asia menentang gergasi Korea Selatan pada 15 Januari ini sebelum bertemu Malaysia dan Jordan.