Kualiti Pemain Eropah Buat Bahrain Tenang Di Piala Asia
Asia
MakanBola
FA Bahrain
Advertisements

Wakil Asia Barat, Bahrain tidak tergugat dengan cabaran tiga pasukan Kumpulan E Piala Asia 2023 termasuk pasukan ketiga terbaik di Asia, Korea Selatan.

Ini kerana menurut pengendali Bahrain, Juan Antonio Pizzi, mereka sedar pasukan yang diberi jolokan Pahlawan Taeguk itu berada pada kelas tersendiri.

Advertisements

Korea Selatan yang dibimbing Jurgen Klinsmann diperkuat 12 pemain yang berpangkalan di Eropah.

Antara pemain yang dipanggil pengendali Jerman itu ialah Son Heung-min (Tottenham Hotspur), Hwang Hee-chan (Wolverhampton Wanderers), Lee Kang-in (Paris Saint-Germain) dan Kim Min-jae (Bayern Munich).

Advertisements

Walaupun mengakui bakal berdepan cabaran sukar apabila kedua-dua pasukan bertemu nanti, Pizzi percaya The Reds mampu memberi cabaran kepada Korea Selatan.

Advertisements

“Baik, pertama sekali peringkat kumpulan (Kumpulan E). Anda perlu tenang. Kita tahu potensi yang dimiliki beberapa pasukan terutama pemain-pemain yang beraksi di liga bertaraf tinggi seperti Jerman, Liga Perdana Inggeris (EPL) atau Itali.

“Anda perlu tenang, anda perlu sabar tetapi anda juga perlu mencuba yang terbaik kerana tahap yang mereka bakal kenakan ke atas kita amat tinggi dan jika kita mahu menyainginya, kita perlu beri 100%,” katanya kepada bahagian media Persatuan Bola Sepak Bahrain (BFA).

Bahrain bakal mengharungi aksi pemanas badan dengan Australia pada awal pagi 7 Januari 2024 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Advertisements

Setelah itu, anak buah Pizzi bakal berdepan Korea Selatan untuk aksi pertama Kumpulan E pada 15 Januari ini di Stadium Jassim bin Hamad, Al-Rayyan.

News Comments Account