12 Pemain Bintang Eropah Perkuat Skuad Korea Selatan
Asia
Edit By FZ
Advertisements

Pasukan ketiga terbaik di Asia, Korea Selatan melaungkan amaran kepada semua pencabar dalam Piala Asia 2023 hari ini.

Sebagai tanda keinginan mereka mengakhiri kemarau kejuaraan Piala Asia selama 64 tahun, 12 pemain berpangkalan di Eropah dipanggil memperkuat Pahlawan Taeguk.

Beberapa nama amat dikenali peminat bola sepak Korea Selatan seperti Son Heung-min (Tottenham Hotspur), Hwang Hee-chan (Wolves), Lee Kang-in (Paris Saint-Germain), Cho Gue-sung (FC Midtjylland) dan Kim Min-jae (Bayern Munich).

Advertisements

Manakala Kim Ji-soo (Brentford), Lee Jae-sung (Mainz 05), Hwang In-beom (Red Star Belgrade), Jeong Woo-yeong (VfB Stuttgart), Hong Hyun-seok (KAA Gent) dan duo Celtic, Yang Hyun-ju dan Oh Hyeon-gyu melengkapkan senarai 12 pemain berkenaan.

Selain mereka, pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann turut memanggil tiga pemain yang berpangkalan di Asia iaitu Kim Seung-gyu (Al-Shabab), Song Bum-keun (Shonan Bellmare) dan Park Yong-woo (Al-Ain).

Bek tengah Ulsan HD, Kim Young-gwon mengetuai kontinjen 11 pemain K-League 1 yang membarisi skuad Pahlawan Taeguk.

Advertisements

Klinsmann turut membuat kejutan dengan mengekalkan Lee Ki-je walaupun selepas kelabnya, Suwon Samsung Bluewings tersingkir ke K-League 2.

Pengendali Jerman itu melihat skuad kali ini sebagai yang terbaik sekaligus diharap dapat merealisasikan impian menggondol gelaran juara Piala Asia 2023.

โ€œKita memiliki barisan pemain yang teruja untuk beraksi cemerlang di Qatar. Seperti yang kita katakan sejak berbulan-bulan yang lalu, matlamat kita ialah pergi ke Qatar dan menang Piala Asia.

Advertisements

โ€œSaya dapat lihat dalam mata mereka keinginan untuk (menggondol kejuaraan Piala Asia). Kita sudah bersedia,โ€ katanya seperti yang dilaporkan wartawan sukan Korea Selatan, Steve Han.

Anak buah Klinsmann bakal berdepan Iraq untuk aksi pemanas badan pra-Piala Asia pada 6 Januari 2024.

Setelah itu, mereka membuka tirai kempen Kumpulan E dengan menentang Bahrain pada 15 Januari depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram