Bakat Baru: Pengganti Natxo Insa Ditemui Di England
Harimau Malaya
Stoke City
Advertisements

Seorang lagi bakat baharu yang berpotensi besar sebagai pengganti jangka panjang Natxo Insa kini ditemui di England.

Pemain yang dikongsikan oleh laman Frfuturetalents itu ialah perancang tengah berbakat, Wounter Burger yang kini beraksi buat Stoke City.

Bintang berusia 22 tahun itu mula menjadi bualan hangat peminat bola sepak tanah air selepas namanya dikaitkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia.

Advertisements

Beliau merupakan pemain versatil yang boleh beraksi pada beberapa posisi termasuklah pertahanan tengah, pemain tengah bertahan dan juga pemain tengah.

Baca lain: Ferdy Druijf sertai Harimau Malaya?

Advertisements

Burger dilahirkan di Belanda dan merupakan bekas pemain Feyernood dan kini berkelana bersama kelab divisyen kedua England bersama Stoke City.

Pemain berketinggian 1.91 meter ini memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi nenek dari belah ibunya iaitu Marian Burger.

Advertisements

Burger juga merupakan pemain pasukan kebangsaan Belanda b-21 dan sudah turun beraksi dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Perancang tengah ini juga memiliki nilai pasaran sebesar 5 juta Euro (RM25.56 Juta) menurut lama ln Transfermarkt dan masih memiliki kontrak bersama Stoke City sehingga tahun 2027.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram