Balotelli Tinggalkan Kedah, Kembali Ke Eropah
Transfer
KDA FC
Advertisements

Penyerang import Kedah Darul Aman FC, Jonathan Balotelli mengejutkan para penyokong Sang Kenari apabila sah meninggalkan Kedah untuk kembali ke kancah bola sepak eropah.

Balotelli, 34, merupakan pemain import yang dibawa masuk ke Kedah pada awal musim 2023 bersama-sama seorang lagi penyerang dari Brazil iaitu Willian Lira.

Khidmat Balotelli sememangnya jarang digunakan oleh pengendali Kedah, Nafuzi Zain ketika melayari cabaran getir musim 2023. Kemasukan Ifedayo Olusegun di pertengahan musim juga menafikan peluang beraksi buat Balotelli.

Advertisements

Kini Balotelli mengesahkan belia kembali ke Macedonia Utara untuk menyertai kelab FK Makedonija Gjorche Petrov yang beraksi di Liga Prva iaitu peringkat liga tertinggi di Macedonia Utara.

Balotelli berkongsi mengenai perpindahannya ke kelab tersebut melalui laman instagram. Beliau turut teruja kembali ke negara yang pernah memberikan beliau kegembiraan.

“Gembira dapat kembali ke negara yang memberi saya banyak kegembiraan,” coret Balotelli di laman Instagram peribadi beliau.

Advertisements

Untuk rekod, Macedonia Utara bukanlah tempat yang asing buat Balotelli apabila beliau pernah beraksi di negara tersebut pada musim 2016/2017 bersama kelab Vardar.

FK Makedonija Gjorche Petrov kini berada di tangga ke-10 Liga Prva dengan mengumpul 18 mata selepas 18 perlawanan yang telah diharungi.

Kelab tersebut juga berhadapan masalah ketumpulan penyudah apabila merekodkan hanya 14 jaringan setakat ini yang merupakan kedua terendah di dalam liga.

Advertisements

Kemasukan Balotelli dijangka akan menambah sengat di bahagian serangan bagi mencetak lebih banyak gol dan sekali gus memperbaiki kedudukan kelab bagi saingan musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram