Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan senarai 20 pemain yang akan dibawa ke Sudirman Cup 2025.
Menerusi hantaran di media sosial BAM, seramai 20 orang pemain yang terdiri daripada 11 lelaki dan 9 wanita dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat sebelum terbang ke China.
Kesemua 20 pemain ini dijadualkan berkumpul di Akademi Badminton Malaysia (ABM) bermula Selasa, 15 April bagi menjalani sesi persediaan pasukan untuk hadapi Sudirman Cup ini.
“BAM telah mengesahkan senarai 20 pemain yang akan mewakili skuad kebangsaan di Piala Sudirman 2025, yang akan berlangsung dari 27 April hingga 5 Mei di Xiamen, China,” ujar badan induk badminton itu.
“Kem latihan berpusat akan bermula esok di PETRONAS Akademi Badminton Malaysia (ABM) sebagai persediaan menghadapi kejohanan berpasukan campuran paling berprestij ini.”
Perseorangan Lelaki
- Leong Jun Hao
- Justin Hoh
Perseorangan Wanita
3. Goh Jin Wei
4. K Letshanaa
Beregu Lelaki
5. Aaron Chia
6. Soh Wooi Yik
7. Nur Izzuddin Rumsani
8. Goh Sze Fei
9. Man Wei Chong
10. Tee Kai Wun
Beregu Wanita
11. Pearly Tan
12. M. Thinaah
13. Go Pei Kee
14. Carmen Ting
Beregu Campuran
15. Goh Soon Huat
16. Shevon Lai
17. Chen Tang Jie
18. Toh Ee Wei
19. Hoo Pang Ron
20. Cheng Su Yin
Kontinjen Malaysia yang berada di dalam kumpulan C akan membuka tirai Sudirman Cup menentang Perancis pada 28 April ini, diikuti bertemu Australia dan Jepun pada hari yang berikutnya.