Advertising
Sudirman Cup: Malaysia Hadapi Jepun Di Peringkat Kumpulan
UltraSukan
BA Malaysia

Saingan Sudirman Cup 2025 menyaksikan Malaysia bakal berdepan Jepun di peringkat kumpulan.

Undian peringkat kumpulan Sudirman Cup 2025 pada Khamis diadakan di Xiamen, China.

Ad

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan C bersama Jepun, Perancis dan Australia. Musuh tradisi, Indonesia berada dalam Kumpulan D bersama Denmark, India dan England.

Ad

Juara bertahan, China pula dalam Kumpulan A bersama Thailand, Hong Kong dan Algeria.

Satu lagi kuasa besar badminton Asia, Korea Selatan pula dalam Kumpulan B bersama Chinese Taipei, Kanada dan Republik Czech.

Ad

Malaysia berharap dapat mengatasi pencapaian tempat ketiga yang dilakar dalam edisi 2023 di Suzhou, China.

Ad

Edisi 2023 menyaksikan skuad negara dianggotai ramai pemain hebat seperti Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Ad

Walau bagaimanapun, kempen skuad negara berakhir di peringkat separuh akhir. Ini selepas Malaysia tewas 3-1 kepada Korea Selatan.

Saingan Sudirman Cup 2025 bakal berlangsung dari 27 April hingga 4 Mei ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments