Aksi Badminton Asia Mixed Team Championship (BAMTC) 2025 bakal menyaksikan Malaysia berdepan cabaran getir dari Indonesia dan dua lagi negara di dalam kumpulan yang sama.
Majlis undian BAMTC yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat itu menyaksikan Malaysia telah diundi berada di kumpulan B bersama-sama Indonesia, Hong Kong dan juga Kazakhstan.
Sementara itu, juara bertahan, China berada di kumpulan A bersama Singapura dan juga Chinese Tapei manakala Jepun, Thailand dan Filipina telah diundi menghuni di kumpulan C.
Nain juara edisi lalu, Korea Selaran pula akan menghadapi India dan juga Macau dengan dua negara terbaik di setiap kumpulan akan melangkah mara ke pusingan suku akhir.
Pada edisi 2023 lalu, kem Malaysia dianggotai oleh pemain-pemain hebat seperti Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Jin Wei, Pearly Tan-Thinaah dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.
Walau bagaimanapun, perjuangan skuad negara terhenti di suku akhir apabila tewas 2-3 di tangan juara, China dengan Zii Jia dan Pearly-Thinaah menghadiahkan dua mata untuk kem Malaysia.
BAMTC bagi edisi 2025 ini bakal membuka tirainya pada 11 Februari ini sehingga 16 Februari di Qingdao, China.