Advertising
Lee Zii Jia Tarik Diri Malaysia Open
UltraSukan
BA Malaysia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sah menarik diri dari kejohanan Malaysia Open 2025.

Perkara ini diumumkan oleh pihak pengurusan Zii Jia, Team LZJ dalam satu kenyataan pada Jumaat yang menyaksikan anak jati Kedah itu terpaksa menarik diri akibat kecederaan yang dialami sebelum ini.

“Dengan rasa berat hati, diumumkan bahawa Lee Zii Jia tidak dapat menyertai pembukaan musim BWF World Tour 2025 serta kejohanan tempatan, Malaysia Open,” ujar Team LZJ.

Ad

“Zii Jia masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan ligamen buku lali kanan yang dialaminya semasa BWF World Tour Finals pada Disember 2024,”

Ad

“Penyertaannya dalam India Open dan Indonesia Masters yang dijadualkan pada Januari 2025 juga sedang dipertimbangkan, bergantung kepada pemulihan sepenuhnya.”

Zii Jia sebelum ini diundi bertemu wakil Chinese Taipe, Su Li Yang dalam aksi pusingan pertama Malaysia Open manakala seorang lagi wakil negara, Leong Jun Hao akan berdepan Lu Guang Zu.

Ad

Saingan Malaysia Open 2025 bakal membuka tirai pada 7 Januari hadapan di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan ketika ini hanya 17 wakil negara bakal beraksi merebut gelaran juara.