Advertising
Bangladesh Jumpa Pemain Kacukan USA
MakanBola
Howard University Athletics

Seorang pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat berpotensi menjadi pemain warisan Bangladesh seterusnya.

Pemain tersebut ialah Rameses Gaines, seorang pemain berdarah Angola-Bangladesh. Maklumat ini dikongsikan Tofazzal Hossain Tanveer di platform X.

Ad

Gaines memiliki ketinggian 187cm dan beraksi untuk pasukan bola sepak Howard University. Sepanjang tahun 2024, beliau telah merekodkan 49 penampilan bersama pasukan berkenaan.

Ad

Gaines mampu beraksi sebagai bek kanan atau bek tengah. Sebelum ini, Gaines juga pernah beraksi untuk skuad remaja kelab Major League Soccer (MLS), DC United.

Kehadiran pemain tersebut dijangka menambah pilihan buat jurulatih Bangladesh, Javier Cabrera di barisan pertahanan sekiranya mereka berjaya merekrutnya.

Ad

Sekiranya Gaines berminat mewakili Bangladesh, beliau bakal menjadi pemain warisan kedua yang beraksi untuk pasukan berkenaan.

Ad

Sebelum ini, pemain tengah Leicester City, Hamza Choudhury memilih mewakili Bangladesh. Keputusan tersebut diumumkan Persekutuan Bola Sepak Bangladesh (BFF) baru-baru ini.

Ad