“Banyak Kenangan Manis Di Liga Malaysia” – Faris Ramli
MakanBola
Haziq/MakanBola
Sponsors

Penyerang berpengalaman Singapura, Faris Ramli teruja berkongsi kenangan manisnya beraksi di Liga Malaysia.

Pemain berusia 31 tahun itu turun dalam kesebelasan utama Pilihan Singapura ketika berdepan Pilihan Selangor dalam aksi Piala Sultan Selangor 2024.

Ad

Hasrat untuk menjulang trofi bersejarah itu lebur apabila penalti Alvin Fortes memastikan Gergasi Merah mengekalkan rekod kemenangan tiga kali berturut-turut.

Ad

Menerusi temu bual eksklusif Faris Ramli bersama wartawan MakanBola, beliau mengakui bahawa rakan sepasukannya sudah memberikan aksi terbaik di Stadium Merdeka.

“Hari ini rakan sepasukan saya telah memberikan yang terbaik di sini, dengan keadaan padang dan cuaca yang hujan, kami sudah melakukan sehabis baik.

Ad

“Kami juga tahu beraksi menentang Selangor yang sedang dalam kemuncak prestasi, dengan hanya persiapan selama dua hari, kami rasa inilah yang terbaik kami boleh lakukan,” jelasnya kepada MakanBola.

Ad

Tonggak Tampiners Rovers ini mengakui banyak kenangan manis beraksi di Liga Malaysia dan memiliki ramai kenalan di sini.

Ad

“Ya, saya memiliki banyak kenangan manis di Malaysia. Saya juga punyai ramai kawan di sini. Untuk menerima sambutan sebegini memang baik,” tambahnya lagi.

Beliau juga merupakan penjaring gol tunggal Pilihan Singapura semalam dan telah beraksi dalam 4 edisi Piala Sultan Selangor.

Faris pernah beraksi buat PKNS FC, Perlis dan juga Terengganu bermula tahun 2018.