Advertisement
Selangor Muncul Juara Piala Sultan Selangor 2024
Asia Tenggara
MakanBola
Selangor FC

Selangor muncul juara Piala Sultan Selangor 2024 apabila menewaskan Pilihan Singapura.

Skuad kendalian Nidzam Jamil turun dengan motivasi terbaik dengan debur penyerang Jordan, Ali Olwan.

Gergasi Merah bermula dengan amat baik menerusi percubaan Faisal Halim namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Singapura.

Usaha mencari jaringan diteruskan oleh Ali Olwan namun rembatannya tepat ke dakapan Syazwan Buhari.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Bersambung babak kedua, tuan rumah memiliki beberapa percubaan menerusi pemain gantian, Reziq Bani Hani namun tidak tepat ke sasaran. 

Rembatan deras Alvin Fortes pula sekadar terbias ke sisi gawang menjadikan keputusan 0-0 memasuki 75 minit permainan.

Jaringan Selangor diperoleh apabila hantaran cantik Shahrul Nazeem mencari Ronnie Fernandez untuk gol pembukaan.

Gol tersebut dibatalkan oleh jaringan penyamaan hasil tandukan tonggak Singapura, Faris Ramli menewaskan Khairul Azhan.

Penalti Alvin Fortes memastikan Selangor mengatasi pilihan Singapura dengan keputusan 2-1.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan hingga wisel penamat dibunyikan.