Barisan Akhir 25 Pemain Harimau Malaya Lawan Kyrgyzstan & Chinese Taipei Buka Mata Peminat
MakanBola
Aima/MakanBola
Sponsors

Barisan akhir 25 orang pemain Harimau Malaya yang dibawa bagi menggalas cabaran berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei telah membuka mata peminat.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon kini dalam misi besar untuk memungut mata penuh bagi menyalakan harapan untuk mara ke pusingan ketiga.

Ad

Pasukan negara berdepan tiga misi serentak dengan kemenangan menjadi buruan sementara pungutan mata penting untuk melonjakkan kedudukan Harimau Malaya dalam ranking FIFA.

Ad

7 pemain utama bagaimanapun terpaksa digugurkan sekaligus membuka peluang buat muka baharu dibawa bagi menggalas cabaran negara.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu membawa tiga penjaga gol iaitu Sikh Izhan, Azri Ghani dan juga Kalamullah Al-Hafiz dengan khidmat Syihan Hazmi terpaksa diketepikan ekoran kecederaan.

Ad

Posisi pertahanan pula menyaksikan nama-nama seperti Matthew Davies, Shahrul Saad, Dion Cools, Corbin-Ong, Dominic Tan, Feroz Baharudin, Safwan Mazlan, Declan Lambert, Adib Ra’op dan Daniel Ting diberi kepercayaan.

Ad

Persaingan rancak jentera tengah Harimau Malaya melibatkan pemain seperti Brendan Gan, Stuart Wilkin, Endrick, Syamer Kutty, Nooa Laine dan Engku Shakir bakal disaksikan.

Ad

Peranan penting untuk mengetuai jentera serangan negara bakal digalas oleh watak seperti Paulo Josue, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Haqimi Azim dan juga Zhafri Yahya.

Malaysia akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek sebum bertemu Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.