Bayangan Awal Skuad Malaysia Lawan Jordan Sudah Muncul
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Bayangan awal barisan pemain yang bakal dipertaruhkan oleh Malaysia bagi aksi pembukaan Piala Asia 2023 sudah pun muncul.

Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal memulakan aksi di Qatar berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan pada 16 Januari 2024.

Ad
Sponsors

Harimau Malaya berada dalam momentum terbaik selepas merekodkan keputusan seri berdepan jaguh Timur Tengah, Syria dengan keputusan 2-2 hasil jaringan Arif Aiman Hanapi dan juga Paulo Josue.

Ad

Malaysia juga telah mencatatkan dua kemenangan menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Menerusi satu perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau memaklumkan mengenai kesebelasan utama pemain yang turun berdepan Syria tempoh hari.

Ad

Barisan pemain itu menjadi gambaran utama buat pengendali kelahiran Korea Selatan itu berdepan Jordan itu tidak lama lagi.

Ad

“Separuh masa pertama merupakan the best eleven, posisi penjaga gol diisi oleh Syihan Hazmi, posisi pertahanan membabitkan pemain seperti Matthew Davies, Dion Cools, Junior Eldstal dan juga Daniel Ting.”

Ad

“Jentera tengah diisi oleh Syamer Kutty dan Stuart Wilkin manakala posisi serangan dimainkan oleh Darren Lok, Arif Aiman dan Faisal Halim,” ujarnya kepada Astro Arena.

Malaysia juga tampil dengan beberapa pertukaran besar pada babak kedua dengan bertujuan untuk menguji pemain dan membentuk keserasian dalam pasukan.

Skuad negara hanya memiliki satu perlawanan sahaja sebagai aksi pemanas badan setelah Arab Saudi memutuskan untuk tidak bertemu Harimau Malaya atas sebab tertentu.