Advertisements
Beberapa Kali Hampir Tersungkur, Ini Jawapan Padat Jurgen Klinsmann
Asia
MakanBola
Korean FA

Korea Selatan hampir tersungkur dari kejohanan Piala Asia 2023 selepas dua perlawanan terakhir mereka terpaksa ditentukan menerusi tambahan masa dan juga penentuan sepakan penalti.

Advertisement

Kedua-dua perlawanan iaitu menentang Arab Saudi di pusingan 16 terakhir dan juga Australia di pusingan suku akhir menyaksikan Korea Selatan mengharapkan gol lewat permainan untuk menghidupkan semula api perjuangan di Piala Asia.

Pada aksi menentang Arab Saudi, jaringan Cho Gue-sung pada masa kecederaan membawa perlawanan ke masa tambahan dan seterusnya sepakan penalti yang mana Korea Selatan menang penentuan tersebut dengan keputusan 4-2.

Advertisement

Manakala penalti dari Hwang Hee-chan pada penghujung perlawanan berjaya menyelamatkan Korea Selatan dalam aksi menentang Australia di suku akhir. Son Heung-min menjadi wira pasukan selepas meledak melalui sepakan percuma di masa tambahan untuk memberikan kemenangan 2-1 buat Korea Selatan.

Mengulas mengenai drama yang dilalui pemain Korea Selatan, ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann berpendapat dua perlawanan terakhir ini menunjukkan betapa para pemainnya tidak mengenal erti berputus asa.

Advertisement

“Saya tidak mahu bermain permainan yang membuat tangan saya berpeluh. Saya mahu membawa keputusan permainan dengan cepat.

Advertisement

“Saya ingin menekankan betapa hebatnya semangat juang, kepercayaan dan usaha pemain kita untuk tidak pernah berputus asa. Saya ingin membawa hasil permainan (kemenangan). Terima kasih kepada sikap pemain, sikap terhadap permainan, dan semangat juang,” laung Klinsmann seperti dilaporkan Sport Chosun.

Korea Selatan akan meneruskan kempen Piala Asia 2023 dengan bertemu Jordan di peringkat separuh akhir. Untuk rekod, kedua-dua pasukan diletakkan di kumpulan yang sama iaitu kumpulan E bersama-sama Bahrain dan Malaysia.

Advertisement