Bekas Bintang JDT Terus Menyinar Di Indonesia
MakanBola
Persis Solo
Sponsors

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini berkelana ke Indonesia, Moussa Sidibe terus menyinar dalam saingan Liga 1 Indonesia musim ini.

Sidibe yang kini mewakili Persis Solo walau bagaimanapun masih gagal membantu pasukannya keluar daripada zon penyingkiran dengan Persis kini menduduki tangga ke-16 daripada 18 pasukan yang bertanding.

Ad
Sponsors

Disebalik prestasi Persis Solo yang terumbang-ambing, Sidibe merupakan antara pemain yang paling menyerlah musim ini dengan merekodkan 42 key passes setakat ini.

Ad

Jumlah tersebut adalah yang tertinggi di kalangan semua pemain yang beraksi di dalam saingan Liga 1 Indonesia dengan pemain import Arema FC, William Marcilio berada di kedudukan kedua dengan merekodkan 34 key passes.

Lebih menarik lagi, Sidibe dan Persis Solo kini dibimbing oleh jurulatih dari Malaysia iaitu Datuk Ong Kim Swee yang baru sahaja menyertai pasukan tersebut November tahun lalu.

Ad

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman statistik terkenal Indonesia, The Court Stats menerusi satu muat naik di laman Instagram.

Ad

Selain Sidibe, seorang lagi bekas pemain yang pernah beraksi di Liga Super iaitu Risto Mitrevski turut menyinar di Indonesia. Bekas pemain Sabah FC itu merekodkan 966 sentuhan ke atas bola sepanjang saingan liga musim ini.

Ad