Bekas Jurulatih Jepun Kini Bimbing Singapura
Asia Tenggara
FA Singapore
Advertisements

Bekas penolong jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Jepun, Tsutomu Ogura telah dinamakan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Singapura yang baharu.

Perkara ini telah dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

Pengendali berusia 57 tahun itu bakal menjadi jurulatih Jepun ketiga berturut-turut yang mengendalikan Lions.

Advertisements

Beliau memiliki reputasi yang cukup hebat apabila pernah menjadi bekas penolong jurulatih pasukan kebangsaan Jepun (2006-2010) dan pasukan Olimpik (2010-2012).

Selain itu, beliau juga pernah membimbing beberapa kelab ternama di Jepun termasuklah memainkan peranan di Tokyo Verdy tatkala sebagai penolong jurulatih.

Ogura sebelum itu telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal kelab gergasi Jepun, Yokohama F. Marinos selama 4 tahun.

Advertisements

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah mengumumkan pemecatan Takayuki Nishigaya pada Isnin lalu rentetan keputusan yang suram termasuklah kekalahan kepada Thailand dan Korea Selatan yang meletakkan pasukan di tangga tercorot kumpulan kelayakan Piala Dunia 2026.

FAS menyifatkan prestasi dan keputusan pasukan kebangsaan baru-baru ini sebagai “di bawah jangkaan”, peralihan kepada jurulatih baharu itu akan membina semula reputasi semula pasukan dan membentuk pasukan yang lebih baik selain bersiap sedia untuk perlawanan penting dalam beberapa bulan akan datang dan kejohanan AFF akhir tahun.

Situasi semakin memburuk buat kem Singapura dalam apabila tumbang 1-0 kepada Tajikistan pada Jun 2022 sekaligus menyebabkan harapan pasukan itu untuk layak ke Piala Asia edisi 2023 berakhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram