Singapura Pecat Takayuki Nishigaya
Asia Tenggara
FA Singapore
Advertisements

Berita mengejutkan untuk bola sepak Singapura apabila Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah memecat ketua jurulatih Takayuki Nishigaya.

Perkara tersebut diumumkan oleh pihak FAS setelah meneliti prestasi merudum skuad kebangsaan Singapura dibawah kendalian jurulatih berusia 50 tahun itu.

“Masa untuk melaksanakan perubahan ini juga dicapai selepas pertimbangan yang teliti diambil.”

Advertisements

“Persembahan dan keputusan pasukan kebangsaan baru-baru ini adalah di bawah jangkaan, dan FAS percaya bahawa peralihan awal kepada pengganti baharu akan mencergaskan semula pasukan dan membolehkan pasukan kebangsaan menyediakan landasan yang lebih panjang untuk perlawanan penting dalam beberapa perlawanan akan datang bulan dan kejohanan AFF pada akhir tahun.”

“FAS ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Nishigaya atas kerjanya di Singapura dan mendoakan kejayaannya pada masa hadapan. FAS akan mengumumkan pengganti dalam masa terdekat.” maklum FAS.

Advertisements

Takayuki Nishigaya mengambil alih peranan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Singapura pada April 2022 dan telah menguruskan 21 perlawanan dimana Singapura mencatat 8 kemenangan, 5 seri dan 8 kekalahan.

Singapura turut tersingkir di peringkat kumpulan dalam kejohanan Piala AFF 2022 yang lalu dan terkini dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026, Singapura telah kalah dua perlawanan awal berdepan Korea Selatan (5-0) dan Thailand (3-1).

Advertisements

Takayuki Nishigaya sebelum ini merupakan pembantu jurulatih untuk kelab Jepun, Matsumoto Yamaga sebelum dilantik menjadi ketua jurulatih Singapura pada tahun 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram