Advertising
Bekas Jurulatih Kuala Lumpur Kini Pengarah Teknikal Brunei
MakanBola
Kuala Lumpur FA

Bekas pengendali pasukan Kuala Lumpur (kini KL City FC), Fabio Magrao kini memegang jawatan selaku Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD)

Pelantikan jurulatih berusia 47 tahun itu diumumkan FABD dalam satu kenyataan ringkas pada 25 Januari lalu.

Ad

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan Fabio Joaquim Maciel Da Silva sebagai Pengarah Teknikal kami yang baharu!” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

Ad

Pelantikan Magrao dibuat bagi membantu rakan senegara dan jurulatih baharu Sang Tebuan, Vinicius Eutropio menghadapi kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Brunei berada dalam Kumpulan B bersama Bhutan, Yaman dan naib juara Pestabola Merdeka 2024, Lubnan.

Ad

Pemilik nama sebenar Fabio Joaquim Maciel Da Silva itu tidak asing dengan bola sepak Asia Tenggara. Selain Kuala Lumpur, beliau juga pernah melatih Timor Leste.

Ad

Magrao juga pernah menggalas peranan sebagai Pengarah Teknikal Persekutuan Bola Sepak Timor Leste (FFTL).

Ad

Semasa bersama The City Boys, bekas jurulatih Dibba Al-Hisn itu membimbing pasukan itu muncul juara Liga Perdana (2017) dan kekal dalam Liga Super pada musim berikutnya.