Ads
Malaysia Muncul Juara Pestabola Merdeka 2024
Harimau Malaya
FA Malaysia

Malaysia akhiri kemarau 11 tahun apabila berjaya muncul Juara Pestabola Merdeka selepas tewaskan Lubnan di pentas akhir edisi kali ini. 

Advertisements

Enam muka baharu yang menjadi pilihan dalam kesebelasan utama skuad Pau Marti. Antaranya ialah Dominic Tan, Syafiq Ahmad, Endrick Dos Santos, Safawi Rasid dan Corbin Ong.

Advertisements

Skuad kendalian Miodrag Radulovic turun dengan misi penting untuk memburu kejuaraan sulung Pestabola Merdeka edisi kali ini.

Advertisements
Advertisements

Perlawanan bermula rancak apabila kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan. Lubnan dilihat lebih aggresif jika barisan pemain Malaysia memegang bola. 

Pada minit ke-33 permainan, Romel Morales membuka jaringan pertama pasukan selepas mudah menyempurnakan hantaran daripada Endrick Dos Santos.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat, Malaysia 1-0 Lubnan.

Tiga pertukaran dibuat oleh Pau Marti apabila memasukkan tenaga baru di jentera serangan iaitu Arif Aiman dan Akhyar Rashid dan Feroz Baharuddin menggantikan Dominic Tan yang mengalami kecederaan selepas separuh masa kedua bermula.

Pada minit ke-79 permainan, pertahanan Lubnan, Khalil Khamis dilayangkan kad kuning kedua sekaligus mendapat kad merah pertama perlawanan. 

Tiada jaringan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat wisel permainan. Gol tunggal Romel Morales menghadiahkan kemenangan kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Malaysia kecapi kejuaraan yang ke-13 dalam sejarah Pestabola Merdeka sejak dipertandingkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram