Perdebatan telah tercetus apabila ada segelintir pihak yang mula membandingkan tahap kompetitif di antara Liga Malaysia dan Liga Indonesia lebih-lebih lagi apabila pasukan Sabah FC menang besar 5-0 ke atas kelab Indonesia, PSM Makassar dalam saingan Piala AFC.
Namun bagi bekas pengendali pasukan Terengganu, Eduardo Almeida beliau mempunyai pendapat yang tersendiri apabila ditanyakan mengenai soal kompetitif tersebut memandangkan Almeida pernah melatih kelab di kedua-dua negara.
“Kedua-dua liga (Malaysia dan Indonesia) adalah kompetitif. Mungkin keputusan (Piala AFC) tidak seperti yang dijangkakan, namun kedua-dua liga mempunyai ‘level’ yang sama di antara kelab di Malaysia dan Indonesia,” jelas Almeida yang kini merupakan jurulatih kelab Indonesia, RANS Nusantara FC.
Sebelum ini, pemain kebangsaan, Junior Eldstal ada memberikan pendapat mengenai Liga Indonesia. Junior berpendapat bahawa Liga Indonesia adalah liga yang terbaik kerana semua pasukan mampu menjadi juara dan semua pasukan juga berisiko tersingkir.
“Ada banyak kualiti yang saya lihat dari barisan jurulatih dan juga pemain Dewa United. Saya sukakan suasana sebegini.”
“Indonesia kini memang terbaik, liga yang terbaik. Ada banyak pasukan yang boleh menang dan ada banyak yang boleh tersingkir,” jelas Junior.
Setiap individu mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai liga dua negara serantau ini. Namun begitu, matlamat tetap sama iaitu menjadikan bola sepak sebagai sukan bagi seluruh rakyat menikmatinya tidak kira siapa pun mereka.