Bekas Kelab Neymar Jr, Santos FC Bakal Jadi Lawan Kedah
Liga Super
Santos/Kedah FA
Advertisements

Kedah Darul Aman FC bakal menerima satu lawan hebat apabila bakal bertemu dengan kelab gergasi Brazil, Santos FC.

Perkara ini disahkan dalam satu perkembangan menerusi satu hantaran di laman sosial rasmi kelab Santos FC.

Santos bakal terbang ke Asia untuk menghadapi siri jelajah perlawanan di Qatar dan juga Malaysia.

Advertisements

Pasukan yang pernah diwakili oleh bintang dunia iaitu Neymar Jr itu bakal bertemu beberapa kelab gergasi di Doha seperti kelab China, Shanghai Shenhua (4/2), Al-Duhail (9/2) dan juga Zenit St Petersburg (13/2).

Selain itu, pasukan Amerika Selatan itu juga turut mengumumkan akan ke Malaysia buat kali pertama untuk berdepan anak didik Nafuzi Zain pada 17 Februari 2024.

Advertisements

Pada musim ini, Santos FC berada pada kedudukan ke-17 Serie A Brazil selepas hanya mencatatkan 11 kemenangan daripada 38 perlawanan keseluruhan.

Antara bintang yang menjadi tumpuan ialah Joao Schmidt, Willian, Gil dan kapten pasukan, Joao Paulo.

Advertisements

Pada musim lalu, Kedah Darul Aman menjalani latihan pra-musim di Turki dan berjaya mengakhiri saingan Liga Super 2023 di tangga ke-4.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram