4 Kelab Besar ‘Tunggu’ Kedah Darul Aman
Dunia
Kedah FC
Advertisements

Kedah terus mengatur persiapan pra-musim menjelang permulaan musim baru Liga Super pada akhir Februari ini. Hari ini, skuad Kenari mengumumkan empat lawan mereka semasa menjalani program pra-musim di Antalya, Turkiye dari 6 Februari hingga 14 Februari ini.

Empat pasukan yang menjadi lawan Kedah semasa pra-musim di sana ialah FC Nasaf, FC Shakhter Karagandy, FC Maktaaral dan Metalist Kharkiv.

FC Nasaf merupakan pemenang Piala Uzbekistan pada 2022 dan pernah menjulang Piala AFC pada 2021. Shakhter Karagandy dan FC Maktaaral pula merupakan pasukan Liga Perdana Kazakhstan.

Advertisements

Karagandy pernah bergelar pemenang Liga Perdana Kazakhstan sebanyak dua kali pada 2011 dan 2012. Manakala Maktaaral yang dibentuk pada 2012 menunjukkan mereka bukan pasukan enteng apabila menduduki tangga kelapan liga musim lepas.

Sementara Kharkiv pula beraksi di divisyen kedua Ukraine (Liga Pertama Ukraine) dan pernah bergelar naib juara Liga Perdana Ukraine pada musim 2012-2013.

Yang pasti, semua lawan skuad Kenari ini bukan lawan mudah terutama dari segi kelebihan fizikal. Tetapi ia satu cabaran yang dapat mempersiapkan Kedah untuk saingan Liga Super musim 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram