Berita kehadiran pemain naturalisasi baharu Malaysia mencuri perhatian Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir.
Erick melihat berita ini sebagai tanda Malaysia serius memberi cabaran dalam saingan Kumpulan A FIFA ASEAN Cup.
Selain Malaysia, beliau turut mengetahui usaha Vietnam merekrut pemain naturalisasi untuk kalendar antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
“Keseriusan dari negara-negara tetangga untuk hari perlawanan ini terjadi banyak sekali proses mempercepatkan naturalisasi.
“Malaysia kemarin kalau tidak salah mungkin lima hingga tujuh naturalisasi yang didorong untuk FIFA ASEAN (Cup) ini.
“Vietnam yang juara AFF, memang luar biasa timnya, menambah lagi dua pemain naturalisasi, salah satunya dari Afrika. Jadi semua pasukan saya rasa serius menyiapkan pasukan-pasukannya untuk juara,” katanya seperti dilaporkan MetroTV.
Malaysia membawa masuk tiga pemain naturalisasi baharu iaitu trio Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva, Brad Tapp dan Manuel Hidalgo.
Malaysia akan membuka kempen kumpulan dengan menentang Bangladesh pada 25 September ini.