Bekas Pemain Kedah Mula Kehidupan Baru Di Macedonia
Transfer
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Bekas penyerang prolifik Kedah Darul Aman FC ditemui beraksi di Utara Macedonia selepas meninggalkan pasukan itu akhir musim lalu.

Pemain yang dimaksudkan itu adalah peledak berbisa kelahiran Brazil, Jonathan Balotelli yang tidak lagi memperkuat pasukan bagi musim 2024/25.

Beliau lebih banyak diletakkan selaku pilihan kedua selepas kehadiran Ifedayo Olesogun selain kurang diberi peluang untuk membuktikan kemampuan sebenarnya.

Advertisements

Balotelli menyertai Makedonija bagi saingan Prva Makedonska Fudbalska Liga (Divisyen 1) dan telah pun membuat satu penampilan setakat ini.

Bekas pemain Jeonnam Dragons ini merupakan penjaring kelima terbanyak pasukan dengan 4 gol sungguhpun hanya beraksi 470 minit musim lalu menurut data oleh MFL.

Advertisements

Antara pemain lain yang turut berhijrah adalah Bojan Ciger ke Neftchi, Moses Atede menyertai Sitta Ckub di Bahrain selain Amirbek Juraboev yang masih tidak mempunyai kelab baharu.

Kedah Darul Aman juga menghadapi beberapa kekangan pada musim ini termasuklah bintang utama yang membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram