Christian Rontini Peluk Islam
MakanBola
Christian Rontini

Pertahanan kental Liga 1 Indonesia, Christian Rontini secara rasminya telah memeluk agama Islam.

Pemain berusia 24 tahun itu berkenala di Indonesia bersama Persita Tangerang selepas beberapa musim di Malaysia.

Bintang Filipina itu bagaimanapun membuat keputusan yang cukup mengejutkan apabila memuat naik satu hantaran yang menunjukkan beliau sudah memeluk Islam.

Hantaran di laman Instagram itu dilihat berlangsung di Masjid Al-A’zhom menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu meminta agar penyokongnya terus mendoakan yang terbaik buatnya.

“Semoga Allah swt memberi saya kekuatan untuk perjalanan baru saya.”

“Terima kasih juga buat mereka yang datang untuk menyokong perjalanan baru saya. Saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu,” jelas Rontini.

Dia dilihat ditemani beberapa pemain Persita seperti Jack Brown, Rendy Oscario, dan Javlon Guseynov juga terdapat kelibat penyerang legenda Indonesia, Christian Gonzales.

View this post on Instagram

A post shared by Christian Mangaron Rontini (@christian_rontini18)

Pada musim ini, Rontini memainkan peranan yang cukup penting bersama Persita Tangerang apabila beraksi dalam 11 perlawanan dan menjaringkan 3 gol.